Friday, 22 March 2013

Kembara Musafir Jepun: Japan Visa

nak apply visa untuk ke jepun ni takde lah cerewet sangat macam apply visa pegi US kena interview bagai tapi takde lah senang sangat macam apply visa australia yang boleh apply online je tanpa submit sebarang dokumen. hehe.

so, untuk apply japan visa, u need several documents:

1. Pasport - macam biasa, pasport mesti valid lebih dari 6 bulan. kalau tak cukup 6 bulan dari tarikh sah laku pasport, pegi renew dulu ok. sekarang senang, boleh renew pasport online je kat website jabatan imigresen malaysia.

2. Gambar - gambar visa kena background putih, bukan background biru macam gambar pasport. ukuran lebih kurang 2 inci x 2 inci. pegi kedai gambar cakap nak ambil gambar untuk japan visa so diorang dah tahu macam mana. gambar ni nanti lekatkan dekat borang permohonan. sekeping je, tak perlu banyak.

3. Borang - download dan print borang kat sini dan isi dengan pen hitam dengan jelas dan terang. atau isi kat komputer pastu print pun boleh jugak. kalau tak sure macam mana nak isi, boleh tengok sample borang kat situ sebagai panduan.

4. Itinerari - isi borang itinerari secara ringkas. yang ni diorang just nak dapat gambaran nanti korang nak buat apa dan pegi mana sepanjang kat sana. tak perlu detail dan tepat sangat. boleh goole dan tiru je macam ni. tapi nak tipu tu biar logik la kan. jangan pulak pegi sightseeing hokkaido tapi stay hotel kat tokyo. jauh tuuuu. hahaha!

5. Surat Pengesahan Majikan (Employment Certificate) - ini tujuan dia nak make sure korang ada pekerjaan (atau komitmen) di Malaysia dan akan balik Malaysia untuk bekerja semula selepas bercuti, bukannya nak pegi duduk jepun secara haram. haha macam tu lah lebih kurang. so call HR tempat korang kerja cakap nak surat pengesahan. surat kena dalam bahasa inggeris ye. bukan apa, kalau pejabat gomen ni biasa surat rasmi diorang bahasa melayu. boleh klik sini untuk contoh surat.

6. Self-explanatory Letter - ini bagi yang tak bekerja macam surirumah ataupun students. diorang cuma nak tahu nanti kat sana macam mana korang nak survive kan sebab tak keje, tak de duit. so tulis la kat situ saya guna duit husband saya sepanjang kat sana. kalau students, tulis la guna duit dari akaun simpanan saya. tulis simple simple je takyah nak detail sangat. nak contoh surat boleh tengok sini.

7. Bank Statement - pegi bank cakap nak print penyata akaun terkini. pastu mintak staf bank sahkan penyata tu. takde jumlah wang yang spesifik yang perlu ada dalam akaun bank. bergantung pada berapa lama korang kat jepun. kalau 3-4 hari RM5k dah cukup. kalau 15 hari RM10K. lagi lama stay lagi banyak la duit perlu ada dalam tu. kalau akaun bank korang memang sedia ada duit juta-juta ringgit dalam tu memang takkan ada masalah punya. kalau tak cukup banyak duit dalam tu pinjam la dulu ngan mak ayah ke, abang kakak ke, pakcik ke. nanti dah dapat bank statement transfer la balik. tapi jangan la hari nak print statement tu pegi letak duit sekali banyak. nampak sangat menipu tu. kena pandai-pandai lah ye. tujuan dia just nak pastikan sepanjang kat jepun korang ada duit yang cukup untuk belanja so that korang takkan merempat kat negara diorang. hehehe.

8. Proof of Relationship - bagi yang kahwin pergi suami isteri, bagi salinan sijil kahwin. yang bawak anak-anak, bagi salinan surat beranak. bagi yang single pegi sorang, tak payah la bagi apa-apa. skip je part ni.

okay, semua dah cukup. boleh pegi sendiri ataupun nak suruh driver ke, kawan ke, ataupun sapa sapa pun boleh pegi submit semua dokumen tu.

embassy of japan,
persiaran stonor, off jalan tun razak.
03- 2177 2600

office hours: 8.30am - 12.00pm, 2.00pm - 4.00pm.

lepas dah submit, diorang cek semua pastu okay cukup segala nanti diorang akan bagi resit tulis kat situ tarikh bila korang boleh pegi collect visa. permohonan visa adalah percuma dan visa valid untuk 3 bulan. kalau takde apa apa masalah biasanya visa boleh collect 3 hari lepas submit borang. tapi dinasihatkan submit 2 minggu sebelum trip takut ada sebarang masalah. permohonan biasanya akan lulus. cuma, kalau ada kekurangan apa apa nanti diorang akan call untuk minta dokumen tambahan. contohnya macam akaun bank tadi lah. mungkin diorang akan mintak akaun mak ayah ke atau guarantor macam tu.


nota 1: ini panduan kalau pegi sendiri. kalau pegi dengan travel agent ke atau company hantar pegi kerja, suruh je travel agent atau pihak ofis yang settlekan. tak payah pening-pening hehe.

nota 2: parking kat embassy tu memang payah. ramai yang letak kereta tepi-tepi jalan macam tu je sambil berdoa nasib korang baik tak kena saman haha. tapi, kalau nak senang naik je motor. takde hal, boleh letak motor depan embassy tu je. takyah risau kena saman ke apa.

nota 3: kamera, handphone semua tak boleh bawak masuk embassy. kena tinggalkan kat orang yang jaga depan tu (sebab sebelum masuk nanti korang kena cek scan segala), nanti keluar boleh ambik balik handphone tu.

UPDATE: bermula 1 Julai 2013, rakyat Malaysia mendapat pengecualian visa untuk short term stay (sehingga 90 hari). YAY!

No comments:

Post a Comment