Thursday, 25 April 2013

Kembara Musafir Jepun: Penginapan di Tokyo

kalau sebut tokyo mesti dalam kepala keluar statement SEGALANYA MAHAL. kalau tengok list 10 most expensive city in the world, tokyo mesti ada. tak nombor 1, nombor 2. lepas tu baru lah london, sydney, singapore etc. memang semua benda kat tokyo mahal gila baq hang!

buku lonely planet kata accomodation yang dikategorikan murah kat tokyo yang harga bawah 16,000 yen. kalau 16,000 yen tu dah nak sama RM500 dah. tu baru satu malam. kalau seminggu? pengsan!!

tapi jangan risau, sebenarnya banyak je backpackers hotel yang agak murah. lebih kurang RM200-300 per night. bilik backpakers hotel yang lengkap ada toilet, shower tu dlm 8800 yen. kalau yang bilik saja, toilet semua share boleh la dalam bajet bawah 5000 yen. kalau nak murah lagi sewa dorm ataupun kapsul.

pix from google
kapsul hotel banyak kat tokyo. kalau pegi backpacking ngan kengkawan boleh la duk kapsul ni kalau nak jimat. harga satu malam around RM70-RM100. kapsul ni privacy sikit kalau banding dengan dorm.

kat sini harga bilik per person. maknanya, kalau booking single room, tak boleh duduk berdua. kalau nak duduk 2 org jugak dalam single room, still kena bayar harga untuk 2 orang. ada setengah hotel dia bagi diskaun sikit kalau single room duduk 2 orang. tapi rugi lah kan, baik ambik twin/double room je.

banyak gak hotel yang kitorang survey hari tu. dari yang mahal kepada yang murah, yang sederhana kepada yang ok-ok tak mahal tak murah. last-last kitorang ambik semi-double japanese room (3 tatami room). tatami ni macam tikar la. ukuran bilik ikut berapa tatami. 3 tatami tu bilik untuk 2 orang. harga termasuk tax semua 4800 yen satu malam. tapi toilet, shower share. bilik tu memang untuk tidur je. ada 1 locker dgn TV.

pix from google
japanese tatami room. macam duduk kat kampung tidur atas tikar mengkuang. hehe. tapi jangan risau sebab diorang kasi tilam, bantal dan comforter lengkap. agak selesa.

tapi kalau nak stay bilik yang toilet & bathroom sharing ni kena tengok jugak la style macam mana. sebab hari tu kitorang dah booked hotel fukudaya ni tapi lepas tu baru perasan bathroom dia style open, mandi ramai-ramai. dah la style jepun ni diorang mandi bogel, mampos!! terus cancel usha hotel lain pulak. last-last dapat gak la bilik kat hotel new koyo. toilet ngan bathroom memang share tapi private la. boleh mandi tutup pintu. hehe. kebetulan pulak kitorang dapat bilik sebelah bilik air. bukak pintu bilik masuk bilik air, toilet pun depan bilik je so best lah! 

hotel new koyo ni dekat dengan stesen Minami-senju (JR lines & tokyo metro lines). lebih kurang 5 minit jalan kaki pegi stesen keretapi from hotel. senang la nak bergerak pegi memana. 7Eleven pun dekat. ada banyak jugak hotel lain area sini. accela hotel dengan palace japan hotel ni pun nampak macam best tapi hari tu bilik tak available pulak dengan date kitorang. 

backpackers hotel kat sini kebanyakan accept cash je. kredit kad tak boleh. kalau nak booking, email je terus kat diorang nanti diorang akan hold bilik ikut tarikh yang kita nak. jangan risau, biasanya staf hotel boleh communicate in english. (tapi kebanyakan japanese memang tak reti cakap english). kalau nak booking hotel guna booking.com pun ok jugak. booking.com ni lebih kurang macam agoda cuma beza dia tak caj kad kredit kita. kita booking hotel melalui website dia tapi nanti kita bayar sendiri kat hotel. kad kredit cuma guna untuk confirmation je. maknanya, masa booking tu kita still kena masukkan nombor kad kredit tapi diorang tak caj pa pe. kad tu cuma untuk confirmation. nak cancel pun free. tak kena caj pa pe, takde sebarang hidden charges. kitorang pun first time guna booking.com ni. biasa guna agoda tapi agoda dia caj kad kredit kita.

itulah serba sedikit info pasal hotel kat tokyo ni. banyak jenis bilik banyak jenis harga sebenarnya. tinggal nak google je. pastu tengok bajet lah. hehehe...

Wednesday, 24 April 2013

Kembara Musafir Jepun: Wifi-Rental

bila travel, agak susah kalau tak boleh berhubung dengan dunia luar. nanti susah nak google tempat, nak check in foursquare, nak instagram, nak update facebook, nak tweet, dan macam-macam lagi. hahaha. nak roaming semestinya mahal. tak berbaloi bila nak bayar bil telefon nanti lagi mahal dari harga tiket flight.

sebelum ke tokyo hari tu, kitorang ada google beberapa jenis mobile data yang boleh disewa. ada yang jenis simkad, ada juga jenis pocket wifi. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

B-Mobile
b-mobile ni jenis simkad. untuk data sahaja. call ngan sms tak boleh. tapi takde hal lah kan sebab skrg boleh skype, boleh wechat, whatsapp etc. so ada data je dah cukup. harga agak murah, cuma 3980 yen untuk 14 hari/1GB usage. tapi kekurangan dia, cuma boleh pakai untuk seorang je. sebab jenis simkad (regular sim, micro sim, nano sim semua boleh), so satu simkad untuk satu phone la kan. kalau pergi sorang takpe la, kalau pegi dengan geng rasanya baik ambik yang pocket wifi unless kalau korang berpecah, tak bergerak dlm group, boleh la pakai yang simkad ni. pastu handphone kena make sure SIM LOCK FREE. kalau tak nanti tak boleh guna dgn simkad dia. tapi biasanya handphone malaysia pegi oversea mmg takde masalah. mmg dah sim lock free. kalau handphone luar yg masuk malaysia tu je biasanya yang kena unlock dulu.

Wifi-Hire

emobile pocket wifi LTE

memula memang plan nak ambik yang b-mobile tapi bila fikir balik macam susah je nak kena tukar simkad bagai, last-last ambik yang ni. takyah tukar simkad, pastu boleh connect lebih dari seorang. harga agak mahal sikit. kalau b-mobile 14 hari baru 3980 yen. tapi yang ni 10 hari dah 5980 yen. cuma kalau korang pegi dengan geng, boleh la share 2000 yen sorang ke, so takde lah mahal sangat. emobile ni sewa ikut hari. 5 hari 4980 yen, 10 hari 5980 yen, 15 hari 6980 yen. kalau nak sewa mobile charger (macam power bank) pun boleh. 900 yen. tapi kitorang tak sewa pun. sebelum keluar tu cas penuh-penuh, tahan sampai malam. lebih kurang 10 jam gak tahan bateri dia. charger biasa mmg dia kasi sekali dengan device. mobile charger tu optional je. 

semua jenis data ni boleh beli kat website masing-masing. bayar pakai kredit kad. boleh beli sehari dua sebelum pergi. nanti bagi alamat hotel, diorang akan pos ke hotel. korang inform la hotel tu ada parcel untuk korang akan sampai. tapi macam b-mobile boleh mintak pos ke airport. nanti ambik kat pejabat pos airport. boleh tengok website dia untuk info lebih detail.

device ni kena return bila korang dah nak balik. masukkan balik device dan charger dalam kotak yang sama pastu boleh pegi pos kat 7Eleven. kena bayar postage lebih kurang 600 yen. tapi kalau tak sempat nak beli semua ni sebelum pegi sana, jangan risau sebab kat airport nanti sebenarnya berlambak kaunter yang korang boleh sewa sim atau pocket wifi ni tapi harga tu kitorang tak sure la pulak. kat hotel yang kitorang stay pun ada sewakan jugak pocket wifi. 1000 yen untuk sehari. nanti bila booking hotel tanyakan sekali diorang ada sewakan ke tak. kalau ada lagi senang kan, nak return nanti tak payah susah-susah nak pos. return je masa check out hotel.